Selasa, 26 Oktober 2010

Konfigurasi Rangkaian 1

Disini akan diterangkan cara-cara menkonfigurasi rangkaian 1

Rajah 1.1 Rangkaian 1
Peranti yang diperlukan untuk melaksanakan konfigurasi bagi rangkaian yang pertama didalam Packet Tracer seperti Rajah 1.1 diatas adalah seperti berikut :
  • Tiga (3) Router - jenis 2811
  • Empat (4) Switch - jenis 2960-24TT
  • Empat (4) End Devices - PC
  • Lapan (8) Connections - jenis Copper Straight-Through
  • Dua (2) Connections - jenis Serial DTE

    Langkah 1 :
      Pada langkah pertama, masukkan terlebih dahulu peranti  yang diperlukan kedalam bahagian utama packet tracer seperti yang telah dinyatakan di atas. Rajah 1.1.1 menunjukkan peranti yang akan digunakan untuk menkonfigurasi rangkaian tersebut.

      Rajah 1.1.1


      Langkah 2 :

      Seterusnya, sambungkan kabel pada setiap peranti yang telah dipilih dengan kabel yang bersesuaian. Antara sambungan Router ke Router, kabel jenis Serial DTE digunakan dan bagi sambungan antara PC dan Router, ianya perlu menggunakan switch untuk disambungkan agar sambungan dapat berjalan dengan lancar. Bagi sambungan  PC -> Switch -> Router, kabel jenis Copper Straight-Through digunakan.


      Langkah 3 :

      Langkah seterusnya ialah setiap PC dan Router perlulah ditetapkan dengan IP Address yang berlainan. Gambar rajah dibawah menunjukkan cara-cara untuk menetapkan IP Address pada PC dan juga Router.


      Cara-cara untuk menetapkan IP Address pada Router :

      Langkah 1 : Klik dua (2) kali pada Router dan pilih "Config". Selepas itu cari
      bahagian "INTERFACE" dan klik pada mana-mana 'port cable' yang telah
      disambungkan dan ianya akan kelihatan seperti diatas.

      Langkah 2 : Check (/) untuk Port Status. 

      Langkah 3 : Masukkan IP Address pada bahagian yang telah ditetapkan
      dan Subnet Mask akan diberi secara automatik. Tetapi Subnet Mask ini
      juga boleh ditukar dengan Subnet Mask yang dikehendaki.

      Langkah 4 : Ulang proses tersebut pada 'port cable' yang telah ditetapkan.
      Setelah selesai, klik pada butang (X) merah untuk keluar.

      *Ulang langkah-langkah tersebut pada setiap Router yang ingin
       dikonfigurasikan.
      Contoh IP Address ditetapkan pada Router :

      Router 1 : Fast Ethernet 0/0 - 10.2.0.1
                      Fast Ethernet 0.1 - 10.2.1.1
                      Serial 0/0/0 - 10.1.0.2
                      Serial 0/0/1 - 10.3.0.1


      Cara-cara untuk menetapkan IP Address pada PC :

      Langkah 1 : Klik dua (2) kali pada PC dan pilih "Desktop".  Ianya akan 
      kelihatan seperti rajah diatas.
      Langkah 2 : Klik pada bahagian "IP Configuration" dan ia akan kelihatan
      seperti rajah diatas. Masukkan IP Address pada ruangan yang telah
      ditetapkan.



      1 ulasan:

      1. Assalamualaikum

        salam perkenalan dari saya..
        saya Haris student Diploma IT - major Sokongan Rangkaian (networking support) dari Politeknik Perlis ..sekarang sem 6..bagus awak buat blog ini

        BalasPadam