Sabtu, 30 Oktober 2010

Apakah Packet Tracer??


Cisco Packet Tracer 4.11
Packet tracer adalah sebuah interaktif software yang dapat menunjukan keupayaan  alatan rangkaian pada data link layer dan networking layer pada OSI model. Software ini berfungsi untuk menunjukan simulasi networking sehingga pengguna dapat memahami bagaimana cara kerja suatu networking devices. Dalam bahasa mudahnya  packet tracer merupakan program simulasi jaringan, sehingga pengguna dapat membangun rangkaian sendiri, melihat pergerakan dari data frame serta paket-paket yang melalui router, switch, dan peralatan lainnya. Tujuan utama kita menggunakan Packet tracer yaitu untuk membantu kita memahami fungsi-fungsi dasar dari berbagai alatan rangkaian dan bagaimana peralatan tersebut mengawal frame dan packet-packet.

Sebelum melakukan konfigurasi jaringan untuk mengaktifkan fungsi-fungsi setiap device pengujian terhadap rangkaian ini harus dilakukan terlebih dahulu dengan menggunakan Packet Tracer. Simulasi ini sangat bermanfaat untuk mengetahui keupayaan rangkaian yang dihasilkan.

Salah satu aspek yang paling berharga dari packet tracer ini adalah kemampuan untuk menjalankan simulasi setelah membangun dan menbina  jaringan. Pengguna  dapat membuat sebuah jaringan dan membuat beberapa jaringan yang berbeza-beza bentuknya dalam Packet Tracer dari sumber yang berbeza untuk tujuan yang berbeza pula.Pengguna juga dapat menyimpan serta membuka file yang telah dibuatnya itu.

Antara alatan rangkaian yang terdapat dalam Packet Tracer adalah 
  • Router
  • Cloud
  • Switch
  • Bridge
  • Repeater
  • Hub
  • Wireless
  • Access Point
  • PC
  • Server



Rabu, 27 Oktober 2010

Konfigurasi Rangkaian 2

Pada kali ini, kita akan lihat bagaimana cara untuk menkonfigurasi rangkaian dengan menggunakan IOS Command Line Interface (CLI).

Rajah dibawah menunjukkan rangkaian kedua yang akan dikonfigurasikan menggunakan CLI.
Rajah 2.1
Peranti yang diperlukan untuk melaksanakan konfigurasi bagi rangkaian yang kedua didalam Packet Tracer seperti Rajah 2.1 diatas adalah seperti berikut :

  • Dua (2) Router - jenis 2811
  • Dua (2) Switch - jenis 2960-24TT
  • Lapan (8) End Devices - (6) PC , (2) Server
  • Sepuluh (10) Connections - jenis Copper Straight-Through
  • Satu (1) Connections - jenis Serial DTE

Langkah 1 :
    Pada langkah pertama, masukkan terlebih dahulu peranti  yang diperlukan kedalam bahagian utama packet tracer seperti yang telah dinyatakan di atas. Rajah 2.1.1 menunjukkan peranti yang akan digunakan untuk menkonfigurasi rangkaian tersebut.

    Rajah 2.1.1


    Langkah 2 :

    Seterusnya, sambungkan kabel pada setiap peranti yang telah dipilih dengan kabel yang bersesuaian. Antara sambungan Router ke Router, kabel jenis Serial DTE digunakan dan bagi sambungan antara PC / Server dan Router, ianya perlu menggunakan switch untuk disambungkan agar sambungan dapat berjalan dengan lancar. Bagi sambungan  PC / Server -> Switch -> Router, kabel jenis Copper Straight-Through digunakan.

    Langkah 3 :

    Pada kali ini, tetapan IP Address bagi setiap peranti perlu ditetapkan dengan menggunakan IOS Command Line Interface (CLI).

    IP Address yang akan digunakan pada setiap peranti ialah seperti dibawah :


    DEVICES
    PORT
    IP ADDRESS
    SUBNET MASK
    GATEWAY
    Router A
    Fast Ethernet0/0
    10.2.0.1
    255.255.255.0

    Serial0/0/0
    10.1.0.2
    255.255.255.0

    Router B
    Fast Ethernet0/0
    10.2.3.1
    255.255.255.0

    Serial0/0/0
    10.1.0.1
    255.255.255.0

    PC 0
    Fast Ethernet
    10.2.0.2
    255.255.255.0
    10.2.0.1
    PC 1
    Fast Ethernet
    10.2.0.3
    255.255.255.0
    10.2.0.1
    PC 2
    Fast Ethernet
    10.2.0.4
    255.255.255.0
    10.2.0.1
    PC 3
    Fast Ethernet
    10.2.3.4
    255.255.255.0
    10.2.3.1
    PC 4
    Fast Ethernet
    10.2.3.3
    255.255.255.0
    10.2.3.1
    PC 5
    Fast Ethernet
    10.2.3.2
    255.255.255.0
    10.2.3.1
    Main Server
    Fast Ethernet
    10.2.0.5
    255.255.255.0
    10.2.0.1
    ADS
    Fast Ethernet
    10.2.3.5
    255.255.255.0
    10.2.3.1

    Cara-cara menetapkan IP Address pada Router dengan menggunakan IOS Command Line Interface (CLI) :

    Rajah 2.1.2

    Rajah 2.1.2 menunjukkan contoh IP Address yang telah ditetapkan menggunakan IOS Command Line Interface (CLI)


    Langkah 1 : Klik dua (2) kali pada router, dan pilih CLI.

    Langkah 2 : Taip didalam ruangan CLI seperti berikut :

             --- System Configuration Dialog ---

    Continue with configuration dialog? [yes/no]: no


    Press RETURN to get started!



    Router>en
    Router#config t
    Enter configuration commands, one per line.  End with CNTL/Z.
    Router(config)#interface fastEthernet0/0
    Router(config-if)#ip address 10.2.3.1 255.255.255.0
    Router(config-if)#no shutdown


    %LINK-5-CHANGED: Interface FastEthernet0/0, changed state to up
    Router(config-if)#exit
    Router(config)#interface serial0/0/0
    Router(config-if)#ip address 10.1.0.1 255.255.255.0
    Router(config-if)#clock rate 64000
    Router(config-if)#no shutdown

    %LINK-5-CHANGED: Interface Serial0/0/0, changed state to down
    Router(config-if)#exit
    Router(config)#exit
    Router#
    %SYS-5-CONFIG_I: Configured from console by console

    *lakukan langkah yang sama pada router yang seterusnya
    ________________________________________________________________________


    Cara-cara menetapkan IP Address pada PC dan Server :

    Langkah 1 : Klik dua (2) kali pada PC / Server dan pilih "Desktop".  Ianya akan 
    kelihatan seperti rajah diatas.
    Langkah 2 : Klik pada bahagian "IP Configuration" dan ia akan kelihatan
    seperti rajah diatas. Masukkan IP Address pada ruangan yang telah
    ditetapkan.
    ________________________________________________________________________

    Cara-cara untuk memastikan setiap peranti mempunyai sambungan antara satu sama lain dengan menggunakan Command Prompt :


    Langkah 1 : Klik dua (2) kali pada PC / Server dan pilih "Desktop".  Ianya akan 
    kelihatan seperti rajah diatas.


    Langkah 2 : Klik pada bahagian "Command Prompt" dan ia akan kelihatan
    seperti diatas.

    Langkah 3 : Taip 'command' seperti rajah diatas untuk memastikan setiap
    peranti mempunyai sambungan antara satu sama lain. Lakukan pada semua
    peranti yang telah ditetapkan IP Address tersendiri.

    Example Command : 

    Packet Tracer PC Command Line 1.0

    PC>ping 10.2.0.1

    Pinging 10.2.0.1 with 32 bytes of data:

    Reply from 10.2.0.1: bytes=32 time=141ms TTL=254
    Reply from 10.2.0.1: bytes=32 time=93ms TTL=254
    Reply from 10.2.0.1: bytes=32 time=77ms TTL=254
    Reply from 10.2.0.1: bytes=32 time=78ms TTL=254

    Ping statistics for 10.2.0.1:
                Packets: Sent = 4, Received = 4, Lost = 0 (0% loss),
    Approximate round trip times in milli-seconds:
                Minimum = 77ms, Maximum = 141ms, Average = 97ms

    Perhatian : Sekiranya anda mendapat keputusan command yang sama
    seperti diatas, ini bermakna peranti anda mempunyai sambungan dengan
    peranti yang lain.

    *lakukan langkah yang sama pada peranti yang berlainan untuk
    lebih memastikan setiap peranti mempunyai sambungan antara satu
    sama lain

    Selasa, 26 Oktober 2010

    Konfigurasi Rangkaian 1

    Disini akan diterangkan cara-cara menkonfigurasi rangkaian 1

    Rajah 1.1 Rangkaian 1
    Peranti yang diperlukan untuk melaksanakan konfigurasi bagi rangkaian yang pertama didalam Packet Tracer seperti Rajah 1.1 diatas adalah seperti berikut :
    • Tiga (3) Router - jenis 2811
    • Empat (4) Switch - jenis 2960-24TT
    • Empat (4) End Devices - PC
    • Lapan (8) Connections - jenis Copper Straight-Through
    • Dua (2) Connections - jenis Serial DTE

      Langkah 1 :
        Pada langkah pertama, masukkan terlebih dahulu peranti  yang diperlukan kedalam bahagian utama packet tracer seperti yang telah dinyatakan di atas. Rajah 1.1.1 menunjukkan peranti yang akan digunakan untuk menkonfigurasi rangkaian tersebut.

        Rajah 1.1.1


        Langkah 2 :

        Seterusnya, sambungkan kabel pada setiap peranti yang telah dipilih dengan kabel yang bersesuaian. Antara sambungan Router ke Router, kabel jenis Serial DTE digunakan dan bagi sambungan antara PC dan Router, ianya perlu menggunakan switch untuk disambungkan agar sambungan dapat berjalan dengan lancar. Bagi sambungan  PC -> Switch -> Router, kabel jenis Copper Straight-Through digunakan.


        Langkah 3 :

        Langkah seterusnya ialah setiap PC dan Router perlulah ditetapkan dengan IP Address yang berlainan. Gambar rajah dibawah menunjukkan cara-cara untuk menetapkan IP Address pada PC dan juga Router.


        Cara-cara untuk menetapkan IP Address pada Router :

        Langkah 1 : Klik dua (2) kali pada Router dan pilih "Config". Selepas itu cari
        bahagian "INTERFACE" dan klik pada mana-mana 'port cable' yang telah
        disambungkan dan ianya akan kelihatan seperti diatas.

        Langkah 2 : Check (/) untuk Port Status. 

        Langkah 3 : Masukkan IP Address pada bahagian yang telah ditetapkan
        dan Subnet Mask akan diberi secara automatik. Tetapi Subnet Mask ini
        juga boleh ditukar dengan Subnet Mask yang dikehendaki.

        Langkah 4 : Ulang proses tersebut pada 'port cable' yang telah ditetapkan.
        Setelah selesai, klik pada butang (X) merah untuk keluar.

        *Ulang langkah-langkah tersebut pada setiap Router yang ingin
         dikonfigurasikan.
        Contoh IP Address ditetapkan pada Router :

        Router 1 : Fast Ethernet 0/0 - 10.2.0.1
                        Fast Ethernet 0.1 - 10.2.1.1
                        Serial 0/0/0 - 10.1.0.2
                        Serial 0/0/1 - 10.3.0.1


        Cara-cara untuk menetapkan IP Address pada PC :

        Langkah 1 : Klik dua (2) kali pada PC dan pilih "Desktop".  Ianya akan 
        kelihatan seperti rajah diatas.
        Langkah 2 : Klik pada bahagian "IP Configuration" dan ia akan kelihatan
        seperti rajah diatas. Masukkan IP Address pada ruangan yang telah
        ditetapkan.



        Cara-Cara Menggunakan Packet Tracer


        1. Install Source Program
        2. Klik Menu Packet Tracer
        Interface Packet Tracer

        3. Pilih Device yang digunakan, drag ke tengah layar.














        4.Hubungkan alatan-alatan rangkaian.
                 Untuk membuat sebuah konfigurasi rangkaian, bagi permulaan, kita perlulah menentukan dahulu jenis device   yang digunakan, berapa jumlahnya dan bagaimana bentuk konfigurasi jaringan tersebut dan membuat lakaran kasar.
        Jenis-jenis kabel penghubung ditentukan berdasarkan aturan sebagai berikut :
        Untuk menghubungkan peralatan yang berbeza, gunakan kabel Straight-through :
        Router – Switch
        Router – Hub
        PC – Switch
        PC – Hub
         Untuk menghubungkan peralatan yang sama, gunakan kabel Cross-Over :
        Router - Router
        Router – PC
        Switch - Switch
        Switch – Hub
         Untuk mengkonfigurasi Router melalui PC gunakan kabel Roll-Over

















        5. Configuration Setiap Device
        Proses konfigurasi merupakan bahagian paling penting dalam seseuatu rangkaian. Proses konfigurasi di setiap  device diperlukan untuk mengaktifkan fungsi dari device tersebut. Proses konfigurasi meliputi pemberian IP Address dan subnet mask pada interface-interface device (pada Router, PC maupun Server), pemberian Tabel Routing (pada Router), pemberian label nama dan sebagainya.
        Setelah proses konfigurasi dilakukan, maka tanda bulatan merah pada kabel yang terhubung dengan device tersebut berubah menjadi hijau. Ada 2 mode konfigurasi yang dapat dilakukan : mode GUI (Config mode) dan mode CLI (Command Line Interface).

        Contoh konfigurasi dengan mode GUI
        Klik device yang akan dikonfigurasi. Pilih menu Config. Klik interface yang diinginkan. Isi IP Address dan subnet mask-nya. Lakukan hal yang sama untuk interface-interface dan device yang lain.



                                                             

















        Configure dengan menggunakan GUI

        Contoh konfigurasi dengan mode CLI
        Klik device yang akan dikonfigurasi. Pilih menu CLI.Taip coding yang bersesuaian yang disediakan oleh Cisco.

















        Configure dengan menggunakan CLI.

        6.Simulasi
        Proses simulasi digunakan untuk memastikan setiap rangkaian  yang s dibina dapat berfungs dengan baik atau tidak. Sebelum menjalankan proses ini, pastikan setiap device sudah berhubung dengan tepat dan tiada error dengan melakukan perintah ping ke device.
        Contoh : dari device dengan IP address 10.0.0.1 dilakukan ping ke device tujuan 10.0.0.2
        Ping 10.0.0.2
        Jika sambungan tersambung dengan tepat, akan muncul balasan sebagai berikut :
        Type escape sequence to abort.
        Sending 5, 100-byte ICMP Echos to 10.0.0.2, timeout is 2 seconds:
        !!!!!
        Success rate is 100 percent (5/5), round-trip min/avg/max = 68/74/89 ms.

        Berikut adalah serba sedikit cara-cara menggunakan packet tracer yang telah kami praktikan didalam projek kami ini.